,
Laman Utama

“Doakan Kami, Minta Maaf Kalau Ada Salah Silap” – Uqasha & Kamal Adli Tunai Umrah, Niat Solat Hajat Untuk Mangsa Banjir

Mya Amri
24/12/2021
08:01 MYT
Pasangan pengantin baru, Kamal Adli dan Uqasha Senrose berangkat ke Tanah Suci, Mekah untuk menunaikan ibadah umrah pagi tadi.
Menerusi perkongsian di entri terbaharu akaun Instagram, Kamal dan Uqasha mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua dan berharap peminat dapat mendoakan segala urusan ibadah mereka dipermudahkan.
“Bismillahirahmanirrahim… Kalau kami ada salah dan silap maafkan kesalahan kami berdua. Doakan kami mendapat umrah yang mabrurah.
“Maafkan kami semua… Salam takziah untuk semua mangsa-mangsa banjir, kami akan doakan Allah akhirkan bencana ni. InsyaAllah… Salam semua. Terima kasih untuk ucapan kahwin kami,” coret Kamal.
Menerusi video pendek yang dikongsi, Uqasha memaklumkan mereka bakal membuat solat hajat untuk mangsa-mangsa banjir di Malaysia.
“Sama seperti suami, kalau ada buat salah, silap, tersinggung, minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.
“Kami akan ke sana untuk buat solat hajat untuk tolong mangsa-mangsa banjir yang tengah hadapi musibah di Malaysia. InsyaAllah,” katanya.
BACA: Sweet Lah… Sebelum Pergi Umrah, Kamal & Uqasha Buat Surprise Birthday Datuk AC!
BACA: “Niat Saya Nak Kembali Ke Makkah Bersama Suami” - Kamal Adli & Uqasha Senrose Mahu Tunai Umrah
Sebelum ini Uqasha pernah memaklumkan mereka masih belum sebarang keputusan untuk destinasi percutian tetapi memilih Tanah Suci Makkah sebagai pra-bulan madu.
Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November yang lalu.
Detik bersejarah penyatuan Kamal dan Uqasha bakal diabadikan menerusi paparan tiga buah episod istimewa dalam program ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’ yang akan disiarkan secara eksklusif pada 11, 18 dan 25 Disember 2021 jam 9.00 malam.
Momen indah tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand. Selain itu, sebarang berita terkini mengenai liputan majlis tersebut juga boleh diikuti di portal Gempak dan tanda pagar rasmi #KamalXUqasha
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Raysha Rizrose Tayang ‘Baby Bump’, Kini Hamil Cahaya Mata Pertama - “Kami, 11 Tahun Kemudian…”

gempak
07/09/2024
10:25 MYT
Pelakon Raysha Rizrose berkongsi berita gembira mengenai dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Berita

Umrah & Muslim Travel Fair Anjuran PAPUH Mesra Muslim, Bebas Risiko - "Kami Hanya Benarkan Agensi Punya Lesen Penuh"

gempak
05/09/2024
17:05 MYT
Setiap masa, pasti akan ada sahaja rungutan dan insiden individu ditipu daripada agensi umrah dan pelancongan. Hal itu mendorong Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair 2024.
Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

gempak
03/09/2024
09:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.
Hiburan

Uqasha Senrose Tak ‘Claim’ Diri Baik, Minta Bukti Tuduhan Melampau - “Sampai Fitnah Aku Kaki Pukul, Penumbuk Semua…”

gempak
27/08/2024
01:44 MYT
Pelakon Uqasha Senrose memberitahu dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai seorang yang baik dan lemah lembut namun ia hanyalah pandangan orang ramai terhadapnya.
Hiburan

Uqasha Senrose Dakwa Pembantu Peribadi Berperangai ‘Buruk’ - “Main Pakai Baju Tidur Orang Sesuka Hati?”

gempak
26/08/2024
06:54 MYT
Pelakon Uqasha Senrose tampil mendedahkan perangai sebenar bekas pembantu peribadinya yang didakwa membuat laporan polis terhadapnya atas tuduhan memukul.