Doakan Kemenangan Sufian Suhaimi Dari Makkah, Tweet Elfira Loy Dikecam Netizen

Kamaruddin Razal
Februari 3, 2019 23:08 MYT
Pelakon Elfira Loy menerima kecaman pengguna media sosial selepas memuat naik ucapan untuk bekas tunangnya, Sufian Suhaimi.
Menerusi laman sosial Twitter, Elfira mendoakan agar Sufian menang di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) dan dengan kemenangan itu, 'derita' dan penceritaan Sufian akan habis.
Elfira yang kini berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah Umrah bersama suaminya, Faris Khairol Anuar berkongsi tweet tersebut beberapa minit sebelum keputusan AJL 33 diumumkan malam tadi.
BACA: "Walau Apa Jua Silap El Pada Anda, Ampun Maaf Diminta" - Elfira Loy
AJL 33 menyaksikan Sufian membawa pulang trofi Persembahan Terbaik kerana menampilkan penghayatan yang mendalam.
Menggunakan props seperti pelamin, tirai putih dan lampu chandelier, timbul dakwaan mengatakan peralatan yang digunakan oleh Sufian seakan sama dengan pelamin perkahwinan Elfira dan Faris.
Rentetan dari tweet tersebut, Elfira mula menerima kecaman netizen yang menganggap tindakan pelakon itu sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Dm jelah. Macam la kitorang semua ni sufian suhaimi

— Raden (@Roarden_) February 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pn. Elfira Loy, kami mewakili Sufian Suhaimi, mendoakan anda dan suami selamat menjalani ibadah umrah di tanah suci. Terima kasih atas doa yang termakbul ini dan sokongan yang tidak berbelah bagi walaupun berada di tanah suci. Amin.

— Hdin (@HdinHafizuddin) February 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jangan kerana Allah permudahkan hati kau utk move on & “bahagia”, kau perlekehkan hati sufian suhaimi. Dia pun tengah mencuba nak hilangkan “derita”?

— SAMS??‍♀️ (@aqilahsobri25) February 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tak boleh ke el senyap je? As she use to senyap all this while? Kat mekah kot. Diam diam buat umrah “doakan kebahagian” pian senyap2 depan kaabah tak boleh? Perlu tweet?

— sara (@Sarazln) February 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Elfira pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Sufian dan bertunang pada 6 Oktober 2017. Hubungan itu tidak panjang dan berakhir pada 18 Februari 2018.
Akhirnya, Elfira melangsungkan pernikahan dengan Faris pada 1 Januari lalu di Cyberjaya.
#Elfira Loy #Sufian Suhaimi #AJL 33