“Doakan Kesihatan Anak Saya...”- Anak Fizz Fairuz Dijangkiti Demam Denggi

Syafiqah Jalal
Ogos 21, 2019 06:11 MYT
Pelakon Datuk Fizz Fairuz bimbang dengan keadaan kesihatan anak keduanya Aurora yang kini dijangkiti demam denggi.
Fizz memaklumkan Aurora kini dimasukan ke hospital sejak semalam untuk menerima rawatan lanjut.
Pelakon itu berharap anaknya dapat segera sembuh sebelum dia perlu bekerja di luar kawasan dan terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anaknya.
“Bismillah.. ini kali pertama dia sakit ,sebelum ni demam jer.. kali ni kena admit juga.. denggi.. Allah.. tapi dia kuat sangat,itu yang buat papa boleh senyum tengok Aurora..
“Risau pun ada,dah la papa nak outstation lagi,shooting jauh pulak tu.. hope boleh la keluar hospital sebelum papa outstation.. kalau tak sian mama nak uruskan sorang-sorang nanti..
“Harap semua diluar mendoakan kesihatan anak saya ye.. amin..,” tulisnya
Fizz memuat naik video keadaan anaknya yang kelihatan lemah terbaring di atas katil hospital.
Rata-rata peminat dan pengikut laman Instagram Fizz meninggalkan komen positif dan mendoakan agar Aurora segera sembuh.
Fizz mendirikan rumah tangga dengan Almy Nadia pada tahun 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata Arianna, Aurora dan Nurafrina Ayra.
#Fizz Fairuz #Almy Nadia #hospital #Almy Nadia #Hospital #Denggi #Demam