Laman Utama

“Doakan Mak Saya…”- Ibu Lan Solo Dimasukkan Ke Hospital

gempak
Syafiqah Jalal
08/07/2021
04:15 MYT
Sponsor Banner
“Doakan Mak Saya…”- Ibu Lan Solo Dimasukkan Ke Hospital
Penyanyi Lan Solo memaklumkan ibunya perlu dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan.
Lan meminta agar semua mendoakan agar kesihatan ibunya agar boleh kembali sihat seperti dulu.
“Doakan mak saya ya kawan-kawan. Mak akan dimasukkan ke wad untuk beberapa malam bagi memudahkan urusan doktor untuk pantau kesihatan mak..
“Moga Allah kuatkan semangat mak, angkat sakit mak dan sihatkan mak macam dulu-dulu atau lagi baik dari sebelumnya serta dipermudahkan segala urusan mak,” katanya.
Lan berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Lan memuat naik rakaman video ibunya disorong oleh jururawat untuk masuk ke dalam wad.
Lan memberitahu dia tidak dapat bersama menemani ibunya dan hanya menunggu di luar.
Beberapa tahun lalu, ibu Lan dimasukkan ke hospital akibat serangan strok sehingga menyebabkan kerosakan otak sebelah kirinya.
Pun begitu entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut mendoakan kesihatan ibu Lan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024