Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Doakan My Beautiful Lola Cepat Sembuh .." - Nenek Bella Astillah Masuk Hospital

Zulaikha Yusof 22/07/2019 | 04:44 MYT
Pelakon Bella Astillah mendedahkan neneknya telah dimasukkan ke Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu selepas mengalami masalah kesihatan.
Bella meluahkan rasa gembira apabila dapat pulang ke Sabah untuk menziarahi neneknya walaupun hanya sehari.
Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, Bella berkongsi gambar neneknya yang sedang menerima rawatan susulan akibat masalah kesihatan yang dialaminya.
"Walaupun 1 hari sahaja cuti tapi dapat balik kampung melawat nenek saya is the best feeling ever!
"Doakan my beautiful lola cepat sembuh. Mahal na mahal kita lola, get well soon please," tulisnya sebagai kapsyen.
Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan agar nenek Bella kembali pulih selepas mendapatkan rawatan di hospital.
Namun, Bella tidak mendedahkan punca sebenar neneknya dimasukkan ke hospital.

Eventho 1 hari jak cuti tapi dapat balik kampung melawat nenek saya is the best feeling ever! Doakan my beautiful lola cepat sembuh ✨?? Mahal na mahal kita lola, get well soon pls?

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

#Bella Astillah #hospital #Hospital #Nenek
;