Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Doakan Nur Amna Membesar Dengan Sihat” - Lan Solo Dapat Baby Girl

Mya Amri
24/02/2018 04:28 MYT
Penyanyi Lan Solo selamat menimang cahaya mata keempatnya pada jam 4.10 pagi tadi.

Bayi perempuan seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Rampai Puteri di sini.

Lan menerusi memberitahu berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya berserta foto.

Alhamdulillah.. 4:10 pagi td! . Tq Allah.. tq semua yg mendoakan keduanya.. . . #NAQ #anakke4 #anakdarano3 #anakanaklansolo #razlansheilakin

A post shared by L A N S O L O (@lansolo_official) on


Selain Lan, isterinya Nur Sheila Hassim juta turut berkongsi foto terbaru bersama puteri ketiganya.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah semuanya lancar. SABTU, 24 FEBRUARI 2018, 4.10 PAGI, 2.5 KG .
“Syukur dan terima kasih kpd semua yg mendoakan kesihatan KY dan puteri kami.

“Doakan NUR AMNA Q______ * membesar dengan sihat ye. Amin,”
tulisnya

Pasangan ini juga mendapat ucapan tahniah daripada rakan artis antaranya Siti Nordiana, Fizo Omar, Almy Nadia dan Achey Bocey.

Foto: Instagram @lansolo_official / @sheilarazlan

Teks oleh: Mya Amri
#Penyanyi #Anak #Penyanyi #Lan Solo
;