Berita
"Doakan Saya Ya, Rasanya Semakin Hampir Saat Itu" - Fasha Sandha Mahu Berhijab
Aktres jelita Fasha Sandha berhasrat untuk berhijab dan merasakan dia semakin hampir untuk berbuat demikian.
Perkara itu didedah Fasha menerusi komen yang dibalas kepada pengikutnya di Instagram (IG).
Di entri terbabit, Fasha berkongsi sekeping foto throwback yang diambil ketika perkahwinannya yang terdahulu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikkan Fasha dan mendoakan kesejahteraan hubungannya bersama bakal suami, Aidil Aziz.
Lebih menarik perhatian, seorang netizen mencadangkan Fasha untuk berhijab dan dia sendiri membalas komen individu terbabit.
"Cantik sangat, berhijab lagi cantik menawan," tulis netizen.
"Doakan saya ya, rasanya semakin hampir saat itu, Insya-Allah, Amin," balas Fasha.
Fasha dan Aidil selamat melangsungkan pertunangan mereka pada 18 November tahun lalu.