LAMAN UTAMA
“Doakan Yang Baik-Baik” - Alhamdulillah, Aishah Azman Kini Berhijab, Padam Foto Nampak Aurat
Selepas penyanyi Intan Sarafina dan pelakon Hannah Delisha, kini Aishah Azman pula tampil berhijab.
Berita penghijrahannya itu dikongsi Aishah menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
Menurut Aishah, dia berharap penghijrahannya ini mendapat keberkatan.
“Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Doa yang baik-baik,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen di akaun Instagramnya, rakan-rakan artis juga turut mengucapkan tahniah kepada Aishah.
Antaranya Ummi Nazeera, Rozita Che Wan, Ika Nabella dan Hanna Delisha.


