Laman Utama
"Doakan Yang Terbaik..." - Ditanya Soal Tamatkan Zaman Bujang, Ini Jawapan Sharifah Rose
Personaliti media sosial, Sharifah Rose, 22, akui masih dalam proses mengenali antara satu sama lain dengan kekasihnya, Aazief Khalid.
Menurut Rose, dia dan anak tiri penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu masih belum bercakap mengenai langkah seterusnya dalam hubungan mereka.
"Mengenai hubungan saya dengan Aazief, buat masa ini kami belum merancang apa-apa untuk ke fasa seterusnya, saya pun masih muda lagi.
"Kami masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain, umur dia pun muda dan sebaya dengan saya.
"Sepanjang tempoh setahun kami bercinta, saya ada berkunjung ke rumah keluarganya ketika sambutan Hari Raya lalu, keluarga Aazief memang baik dan mesra belaka," katanya kepada Gempak baru-baru ini.
Meskipun masih belum meletakkan target umur untuk menamatkan zaman bujang, namun Rose mengharapkan yang terbaik untuk hubungannya itu.
"Insya-Allah, doakan yang terbaik sahaja," katanya ringkas.
Difahamkan, proses perkenalan Rose dan Aazief bermula ketika mereka bertemu di sebuah majlis tahun lalu.
Kemudian, mereka mula berhubung menerusi ruangan DM di Twitter tidak lama selepas itu.