Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Doakanlah Beliau” - Datuk M.Daud Kilau Dimasukkan Hospital Selepas Mengalami...

Hanafis Haris 13/11/2020 | 01:43 MYT
Penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau, 83, dimasukkan ke Hospital Teluk Intan, Perak malam tadi selepas mengalami sesak nafas dipercayai berkaitan dengan masalah jantung.

Menurut isterinya, Datin Rohani Awang Ngah ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, suaminya itu mula mengalami sesak nafas pada Rabu lalu.

“Jadi bila keadaannya makin teruk, saya terus bawa ke Hospital Teluk Intan pada jam 3.15 petang semalam dan beliau kemudian ditahan di wad untuk rawatan susulan.

“Doktor minta beliau berehat dalam wad untuk beberapa hari bagi tujuan pemantauan,” katanya.

Tambahnya lagi, doktor juga memaklumkan yang suaminya mengalami masalah paru-paru berair.

“Setakat ini beliau stabil dan doktor sedang merawat dengan memberi ubat untuk kurangkan air. Datuk juga ada masalah jantung.

“Sejak semalam saya lah yang menjaganya, tidur di hospital. Tapi Alhamdulillah bila lihat perkembangannya, makin baik.

“Buat peminat semua doakan supaya Datuk cepat sembuh,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi yang sinonim dengan lagu Cek Mek Molek dan Gila Judi dilaporkan pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali akibat masalah kesihatan yang dialaminya.

#hospital #Hospital #M Daud Kilau
;