BERITA
"Doalah Banyak-Banyak Dari Sekarang, Kalau Awak Nak Pergi" - Amira Othman Kongsi Tips Diamalkan Sebelum Tunaikan Ibadah Haji
Penyanyi Amira Othman mengakui tidak pernah berputus asa untuk berdoa supaya dirinya selalu dijemput bagi ke tanah suci Makkah dan Madinah melakukan ibadah umrah dan haji.
Menerusi entri di Instagram (IG), Amira berkongsi amalan yang dilakukan olehnya supaya dirinya sentiasa mengingati tanah suci Makkah dan Madinah.
"Wallpaper phone saya gambar saya masa menunaikan umrah. Supaya saya selalu ingat dan doa inilah tempat yang saya nak sangat-sangat datang lagi.
"Siapa sangka Allah kabul terus menunaikan haji. Doalah banyak-banyak dari sekarang kalau awak nak pergi.
"Doa je sampai penat pun kena doa. Doa ni mustajab dan miracle. Tak ada orang sangka.
"Takkan ada seorang manusia pun boleh sangka. Hanya Dia sahaja yang Maha mengetahui," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan terima kasih atas perkongsian yang dilakukan Amira serta mereka mendoakan agar urusan ibadah haji Amira akan dipermudahkan.
"@maziatul.syima: Semoga awak sentiasa dibawah lindungan dan rahmatNya."
"@juliana.ahma: Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segalanya. Terima kasih atas perkongsian."
"@itsmenurirdina:Same with me. Letak wallpaper gambar Baitullah. Semoga dapat pergi one day."
Terdahulu, Amira bersama rakan baiknya, penyanyi Wany Hasrita telah berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan Rukun Islam kelima selepas menerima tawaran dan membuat keputusan di saat akhir.
Selain Amira dan Wany beberapa selebriti Malaysia turut berkesempatan melaksanakan rukun Islam kelima pada tahun ini iaitu Neelofa, Erra Fazira, Aris Ariwatan, Fizo Omar dan Ashraf Muslim.