Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Doktor Bagi Bius, Tapi Tak Tidur... Sedar Kamera Masuk Dalam Usus” - Fakhrul UNIC

Syafiqah Jalal 02/10/2019 | 04:45 MYT
Penyanyi kumpulan UNIC, Fakhrul mengesahkan keadaannya kini semakin pulih selepas mengalami jangkitan dalam usus serta dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu.
Namun, apabila dia menceritakan kembali bagaimana proses yang dilakukan ketika menjalani prosedur 'colonoscopy', Fakhrul memberitahu dia berada dalam keadaan sedar.
“Muka baru lepas buat colonoscopy. Doktor bagi bius, tapi tak lena (tak tidur), sedar camera masuk dalam usus dari A-Z.. power tak...
“Hari ke 4 lepak hospital... Alhamdulillah doctor cakap usus ok, perut pun dah tak memulas dah,” tulis anggota UNIC itu.
Fakrhul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian terbabit, dia memuat naik foto yang menunjukkan keadaan terkini dirinya.
BACA: Alami Jangkitan Dalam Usus, Fakhrul UNIC Masuk Hospital
Pun begitu, Fakhrul dinasihatkan okeh doktor untuk menjaga pemakanan dan kesihatannya.
”Kena diet dan healthy lifestyle jela dia cakap. Insya-Allah kalau result semua ok, boleh discharge dah kot harini..
“Terima kasih atas doa semua, sorry banyak WhatsApp dan DM tak sempat reply. Jaga kesihatan dan makan minum korang guys..jaga usus kita. Abang insaf buat masa ni,” katanya lagi.
Rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar Fakhrul segera sembuh dan dapat pulang ke rumah.

OOTD ? (cdg nk pakai jersi MU, tp draw simpanla) haha . . Muka bru lepas buat colonoscopy..doc bg bius, tp xlena, sedar camera masuk dlm usus dr A-Z..power x..Hari ke 4 lepak spital..alhamdulillah doc ckp usus ok, perut pun dh xmemulas dh..kena diet n healthy lifestyle jela dia ckp. InsyaAllah kalo result smua ok,bleh discaj dh kot rini..tq ats doa smua, sory bnyak wasap n dm xsmpat reply. Jaga kesihatan n mkn minum korang guys..jaga usus kita. Abg insaf buat masa ni ? . K nak mkn sat, posa dr kul 1 tgh hari smlm,cirit birit dr kul 12 sampai pg (smbil layan bola ). Rak luu ?? . #ootd #sakitdansihatdariAllah

A post shared by فَخْرٌ (@fakhrulunic) on

#hospital #Hospital #Fakhrul UNIC #Jangkitan #Usus
;