Doktor Bimbang Shahrulezad Alami Happy Hypoxia – “Oksigen Level Drop 94%, Happy Hypoxia Sangat Bahaya Untuk Pesakit Covid-19…”
Fiza Kamarudin
07/11/2021 04:05 MYT
07/11/2021 04:05 MYT
Pengarah, Shahrulezad berkongsi mengenai perkembangan terkini dirinya yang sedang bertarung dengan Covid-19.
Sharulezad atau lebih mesra dengan panggilan Budak Ijat berkata, dia kini dipindahkan dari MAEPS ke Hospital Sungai Buloh kerana masalah oksigen.
Menurut Shahrulezad pada Jumaat lalu, kadar oksigen dalam badannya menurun sehingga 94% dan kemungkinan disebabkan virus Covid-19 yang sudah mula menyerang paru-parunya.
Katanya, doktor turut bimbang jika keadaan tersebut merupakan simdrom Happy Hypoxia yang sangat bahaya untuk pesakit Covid.
Kata Budak Ijat, dia bersyukur kerana membuat keputusan tepat untuk ke MAEPS dan dipantau oleh petugas barisan hadapan sepanjang masa.
Dalam sebuah hantaran lain, Shahrulezad berkata dia berada dalam keadaan baik selepas dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh.
“Due to low level of oxygen issue abang akhirnya di pindah ke Hospiital Sg Buloh. Don’t worry nothing serius. It just kat Maeps facilities untuk kes pesakit kekurangan oksigen tak secanggih di Sg Buloh.
“Lagipun MAEPS dalam proses shutting down sebab kes Covid kat Malaysia makin menurun. So banyak peralatan macam mesin oksigen dah dipindahkan sama.
“Semua pesakit yang ada issue oksigen kena dipindahkan ke Sungai Buloh. Kat sini lagi lengkap dan canggih pemantauan doktor.
“Abang ikut sahaja cadangan yang terbaik dari pihak doktor di MAEPS. So bermula pada malam ni abam jadi warga Hospital Sg Buloh.
“So far oksigen abam dah 98 balik tapi tu dengan bantuan mesin oksigen yang ada. Kalau ditanggalkan takut oksigen level abg jatuh balik,” katanya.
Shahrulezad pada 2 November lalu disahkan positif Covid-19 dan mengambil keputusan ‘menyerahkan diri’ ke MAEPS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.