Laman Utama

“Doktor Cari ‘Korek’…”- Hamil Bersama Alat IUCD, Isteri PU Abu Terpaksa Melalui Proses Keluarkannya Tanpa Bius!

gempak
Syafiqah Jalal
22/02/2023
04:16 MYT
Sponsor Banner
“Doktor Cari ‘Korek’…”- Hamil Bersama Alat IUCD, Isteri PU Abu Terpaksa Melalui Proses Keluarkannya Tanpa Bius!
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu selamat menimang cahaya mata ketiga bersama isterinya Ain Afini pada 9 Februari lalu.
Ain Afini memberitahu dia terpaksa bersalin awal kerana jantung bayi puterinya mula lemah dan alat perancang kehamilan ICUD (Intra-uterine Contraceptive Device) ada bersama dalam kandungannya.
Berkongsi pengalaman hamil dan bersalin ‘bayi IUCD’, Ain menceritakan detik bagaimana anaknya itu dilahirkan.
“Sepatutnya dijangka bersalin 6 Mac 2023 tapi mungkin pengalaman sebelum ni anak anak lain semua bersalin awal jadi mindset tu dah well prepared akan bersalin awal.
“Saya kena admit sebab jantung bayi slow tapi bukaan baru 2cm. Pagi 9 Februari tu kena induce. Lepas induce dia punya contraction tu start sakit terus setiap 1 hingga 2minit, dapat ubat tahan sakit baru lah ku boleh bertenang sikit.
“Masuk labour room pukul 12 dan bersalin pukul 3.10 petang! Alhamdulillah everything sangat smooth dan bersalin tenang tanpa jahitan,” ceritanya.
Ain berkongsi pengalamannya itu di akaun Instagram peribadi miliknya.
Pun begitu, Ain terpaksa melalui satu pengalaman ngeri apabila doktor terpaksa mengeluarkan alat IUCD itu secara semula jadi dan dalam keadaannya sedar selepas sahaja bersalin.
“Ingatkan dah selesai semua tapi doktor bagitahu IUCD tak keluar sekali dengan baby atau uri. Another doktor masuk and kena undergo proses lain which is kena 'korek' cari mana iucd tu.
“Sebelah doc ada mesin scan tu, sambil scan sambil cari and dibuat dalam keadaan sedar tau tak bius. Ni pengalaman umi, orang lain umi tak tahu.
“Sakit tak? Masa tu sakit pun macam dah tak terfikir apa sebab dah letih. Lepas 15 minit macam tu doc baru jumpa IUCD melekat kat daging. Doc kata kena keluarkan juga sebab kalau tak ada possibility kena jangkitan kuman atau kesan lain. Dah keluar tu kan rasa legaaaa!,” ceritanya.
Bagaimanapun jika ditanya masih mahu mengguna alat perancangan yang sama, Ain akui serik.
“Doktor tanya lepasni nak pakai IUCD lagi tak? Not sure, macam dah serik heheh takut lahhh. Orang lain umi taktahu macam mana IUCD tu keluar sekali ke tak. Pengalaman sungguh lah. Nanti Khadijah (bayinya)dah besar nak kena cerita benda ni,” ujarnya.
Terdahulu, Ain dan PU Abu dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Adam Asyar, 5, dan Muhammad Aryan Afi, 4 tahun.
Manakala perkahwinan PU Abu dengan isteri kedua sebelum ini iaitu Han mereka telah dikurniakan anak lelaki Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia 3 tahun.
Kontroversi rumah tangga PU Abu sebelum ini pernah mendapat perhatian ramai selepas dia menceraikan isterinya ketika sarat hamil serta dalam masa yang sama berkahwin dengan isteri kedua, Hana Azraa.
Namun status perkahwinan PU Abu dengan Hana sehingga kini masih belum diketahui selepas isteri keduanya itu ada mencetuskan tanda tanya seolah-olah perkahwinan mereka sudah berakhir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live