“Doktor Dah Cuba Yang Terbaik, Tapi Bukan Rezeki Dia" - Ibu Syamel Meninggal Dunia
"Doktor dah cuba yang terbaik. Tapi bukan rezeki dia, Allah lebih sayangkan umi, Syamel reda dengan pemergiannya.
"Syamel tengah uruskan jenazah di hospital sebelum dibawa ke surau berdekatan rumah.
“Semuanya mengikut SOP dan situasi sekarang. Tengoklah apa yang boleh Syamel usahakan insya-Allah.
"Insya-Allah kalau tiada apa, esok tengahari baru kebumikan," katanya.
Dalam pada itu, pemergian arwah ibunya itu turut dikongsi Syamel menerusi posting di Instagramnya.
Menerusi posting itu Syamel menitip berdoa supaya Tuhan ampunkan segala dosa ibunya.
“Kau terimalah segala amal baiknya di dunia ini untuk jadikan teman di alam sana.
“Sesungguhnya umi ku pergi meninggalkan seribu satu ajaran padaku yang akan aku amalkan hingga akhir hayat,” katanya.
Terdahulu, Wan Faaizah masih koma selepas terpaksa ditidurkan berikutan masalah kekurangan oksigen dalam badan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.
Wan Faaizah mula menerima rawatan pada pertengahan Julai lalu di unit rawatan rapi (ICU) pusat perubatan berkenaan.
Syamel juga sebelum ini menafikan ibunya dijangkiti COVID-19 berdasarkan ujian yang disahkan pihak hospital.