Hiburan

Doktor Gigi Viral Cuti Tiga Bulan Demi Big Stage 2020!

gempak
Asraf Aided
05/08/2020
05:30 MYT
Sponsor Banner
Doktor Gigi Viral Cuti Tiga Bulan Demi Big Stage 2020!
Doktor gigi viral, Hafiz Zainal, 28, telah mengambil cuti selama tiga bulan sempena menyertai program Big Stage 2020.
Menurut Hafiz, dia membuat keputusan itu untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam program terbabit.
"Saya bekerja dengan sebuah klinik gigi di Putrajaya, namun untuk menyertai Big Stage, saya telah ambil cuti selama tiga bulan untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam program ini.
"Saya sudah berbincang dengan pihak klinik tersebut dan permohonan saya untuk cuti tanpa gaji telah diterima.
"Saya telah cuba nasib menghadiri uji bakat Big Stage sejak musim pertama lagi, Alhamdulillah rezeki memihak kepada saya dalam musim ketiga ini," katanya kepada Gempak.
Hafiz berkata demikian ketika ditemui di sidang media Big Stage 2020 di Petaling Jaya petang semalam.
Tambah Hafiz, dia berharap agar dirinya lebih kelihatan dalam industri selepas menyertai Big Stage 2020.
"Menyanyi itu memang ada dalam darah daging saya, walaupun saya ada kerja tetap lain, tetapi saya sangat minat dalam bidang nyanyian.
"Saya juga sudah berusaha sebelum ini, saya masuk program realiti Bintang RTM dan menghasilkan beberapa single, tetapi masih kurang mendapat sambutan.
"Jadi, dengan menyertai Big Stage 2020 ini, saya harap diri saya lebih kelihatan dan diterima baik dalam industri hiburan," katanya lagi.
Big Stage 2020 akan memulakan konsert pertamanya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
BACA : [SENARAI PENUH]: Usop, Anak Jamal Abdillah Dan Doktor Gigi Viral Antara 12 Peserta Big Stage 2020
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024