Bintang Program Realiti Akademi Fantasia (AF4) 2014, Nina Nadira melahirkan rasa syukur kerana dapat merasa pengalaman bersalin secara normal.

Namun begitu akibat bukaan terlampau lambat, doktor terpaksa 'induce' sebanyak tiga kali.

Nina berkongsi perkara itu menerusi ruangan Instgaram Stories sewaktu mengadakan sesi soal jawab bersama peminat semalam.

"Air ketuban keluar sikit malam around 11pm then terus pergi hospital, since bukaan Nina still tak cepat doktor had to induce me 3 times, memang tarik rambut dah because contractions dah sampai 130, usuall 120 tu dah maximum.

"But Alhamdulillah I gave birth at 8pm the next day, normal delivery.

"But it was definitely a smooth one, within 5 mins je push Lily terus keluar," tulisnya.



Nina dan suami, Ahmad Farhan mendirikan rumah tangga pada 29 Julai 2017.

Pasangan ini menerima cahaya mata perempuan, Nina Lilyanna pada 31 Mac 2019.