Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Doktor ICU Beritahu Ainul Kali Ni Agak Kritikal & Tenat" - Ibu Ainul Mardhiah

Amri Hassan
01/08/2022 06:26 MYT
Ibu kepada kanak-kanak yang pernah menghidap ketumbuhan dalam mulut, Ainul Mardhiah iaitu Nurul Erwani Zaidi, memberitahu anaknya kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Kongsi Nurul Erwani menerusi Instagramnya, Ainul Mardhiah mula menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital.

"Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni. Mama tak minta banyak. Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni.

"Ainul mula dengan muntah muntah dan cirit birit dalam masa sehari. Hari kedua mama tengok Ainul dah tak bermaya sangat. Sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ni. Terus bawa ke Emergency.

"Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dah terlalu tenat sebab infection dah ada dekat semua tempat. Mama rasa gagal sebab tak beri perhatian pada Ainul. Doakan ya semua," katanya.

Dalam hantaran terbaharu, Nurul Erwani memberikan peringatan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengharapkan doa orang ramai buat Ainul Mardhiah.

"Masa ni naik Ambulans ke Emergency. Ingat ya semua. Sekarang ni virus dah dekat mana-mana. Walaupun Ainul duduk rumah je, jaga kebersihan pun kalau nak jadi memang akan jadi. Virus ni jahat betul kacau anak mama sampai jadi macam ni.

"Ainul tidur dulu ya sayang, nanti Ainul dah bangun kita main sama-sama lagi," tambahnya.

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)


Untuk info pada 2019, kisah penderitaan Ainul mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr. Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya.

Sumber: IG Nurul Erwani
#Viral #Kritikal #Doktor #Dr Amalina Bakri #Barah #Ainul Mardhiah #Ketumbuhan #Nurul Erwani #PICU
;