Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Doktor Ini Dedah Kenapa Kaum Hawa Lebih Mudah Gemuk Berbanding Lelaki

Umirah Halim
10/02/2024 01:00 MYT
Seorang pegawai medik, Dr Ahmad Samhan berkongsi punca kenapa kaum hawa lebih cepat gemuk berbanding kaum lelaki.

Menurut perkongsian Dr tersebut di platform X, perkara ini terjadi kerana wanita mempunyai Kadar Metabolisme Sewaktu Rehat (RMR) yang lebih rendah daripada lelaki.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kenyataan ini telah disokong oleh kajian yang dijalankan oleh University of New South Wales (UNSW) kerana wanita membakar lebih sedikit kalori untuk mengekalkan fungsi asas kehidupan mereka termasuk pernafasan, penghadaman, dan penyingkiran, berbanding lelaki.

“Wanita berbadan kecil mungkin memerlukan hanya 1,000 kalori sehari untuk mengekalkan fungsi badan yang normal, manakala wanita berbadan besar mungkin memerlukan kira-kira 1,600 kalori sehari.

“Sebaliknya, lelaki memerlukan antara 1,400 dan 2,000 kalori sehari untuk menjalankan fungsi badan yang normal,” jelasnya menerusi hantaran tersebut.

Dalam pada itu, doktor tersebut turut berkata bahawa penurunan berat badan pada wanita adalah lebih perlahan berbanding lelaki.

Disebabkan itu wanita memerlukan diet yang dirancang dengan baik untuk menurunkan berat badan.

“Wanita mempunyai berat badan lebih daripada lelaki walaupun mengamalkan diet biasa dan tidak mempunyai makanan yang menambah berat badan,” tambahnya lagi.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu telah menerima sebanyak 600 juta tontonan di aplikasi X.

#'Lelaki #Kaum #Hawa #Berbanding #Lebih Gemuk,
;