“Doktor Kata, Bila-Bila Masa Je Dia Boleh Pengsan…”- Nadzmi Adhwa Dedah Keadaan Ardell Aryana

Syafiqah Jalal
Februari 20, 2020 09:11 MYT
Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan isterinya, Ardell Aryana akan pengsan pada bila-bila masa meskipun sedang duduk.
Nadzmi berkata keadaan Ardell yang lemah sebegitu membuatkan doktor menasihati isterinya untuk berkerusi roda.
“Doktor kata bila-bila masa sahaja dia (Ardell) boleh pengsan meskipun waktu dia sedang duduk sahaja , pun boleh pengsan.
“Doktor suruh bawa kerusi roda kalau keluar tapi degil. Come on sayang you can do it,” tulisnya
Nadzmi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Nadzmi memuat naik rakaman video isterinya sedang duduk di lantai sambil berehat di sebuah pusat membeli belah.
Nadzmi memberitahu Ardell yang kini sedang hamil seorang yang kuat semangat melawan sakitnya.
“Dia selalu cabar diri untu berjalan kaki 2 kilometer lebih sehari kuat betul semangat dia ni .Tapi tak tercapai.
“Tak mengapa sayang cuba lagi cuba lagi dan cuba lagi! Awak boleh!”katanya lagi.
Pasangan ini berkahwin pada 1 September lalu dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Seri Kembangan.
#Ardell Aryana #Hamil #Nadzmi Adhwa #Hamil