"Doktor Kesan Ada Ketumbuhan Pada Otak Papa" - Allahu! Baru Kehilangan Ibu Tercinta Kini Ayah Fazren Pula Sakit
Badrul Hashim
02/06/2020 23:45 MYT
02/06/2020 23:45 MYT
Tidak sampai seminggu pemergian ibunya yang tercinta, pelakon Fazren Rafi sekali lagi menghadapi dugaan baru.
Baca: Ibu Kepada Pelakon Fazren Rafi Meninggal Dunia
Ibunya, Allahyarham Sutinah binti Sahari meninggal dunia akibat kanser usus tahap empat pada lima Syawal lalu.
Baca: "Raya Pertama Mama Guna Seluruh Tenaga Untuk Pakai Baju Sedondon Dengan Ayah & Tinggalkan Nasihat Pada Kami" - Fazren Rafi
Terbaru, Fazren dihadapkan dengan satu lagi dugaan apabila ayahnya didapati mempunyai ketumbuhan pada bahagian otak.
"Niat di hati nak check tekanan darah (BP) dan check gula je. BP Papa 205/107 dan kadar gula pula 27.1.
"Doktor di Hospital Columbia risau papa kena stroke balik jadi dia buat CT Scan, dan keputusan CT Scan nampak ada sesuatu tak normal pada area otak," tulis Fazren di Instagramnya.
Menurut Fazren, dia terpaksa menggunakan ambulan untuk membawa ayahnya ke Hospital Pakar Avisena kerana di sana terdapat pakar otak.
"Lepas CT Scan tu, kena buat MRI dan kemudian dapat kesan ada ketumbuhan kat otak Papa. Terpaksa naik ambulan ke Avisena sebab kat sini ada pakar otak.
"Kemudian selepas berbincang dengan doktor, memang ada ketumbuhan tetapi tidak pasti lagi apa sehingga dia buat pembedahan otak," tulis Fazren lagi.
Menurut Fazren lagi, jika tidak ada sebarang masalah, pembedahan akan dibuat pada hari Khamis ini.
Fazren juga memohon semua agar dapat mendoakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik untuk ayahnya.