Pelawak dan pengacara Ammar telah dikejarkan ke hospital selepas secara tiba-tiba pengsan pada petang semalam.
Menurut laporan Sinar Harian, Ammar menjelaskan keadaannya pada ketika itu dirasakan tidak bermaya dan terlalu letih.
“Ceritanya... saya rasa tiba-tiba tak sihat dan tak sedap badan, kemudian pengsan.
“Mungkin kerana saya terlalu penat berhari raya dari rumah terbuka ke satu rumah lain hampir seharian.
“Malah selepas waktu bekerja pun saya terus sambung. Mungkin itu lah sebabnya kenapa saya tak sihat.
“Bagaimanapun, selepas mendapatkan rawatan di hospital berhampiran, doktor memberitahu saya cuma dehydrated dan dinasihatkan banyakan minum air masak. Alhamdulillah sekarang ini saya sudah kembali sihat,” ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan terkini Ammar akan bersama Issey, Ain Edruce dan 14 peserta lain akan bertanding dalam program realiti muzikal komedi terbaharu Astro Warna, Muzikal Lawak Superstar.
Muzikal Lawak Superstar akan bersiaran selama 10 minggu setiap Jumaat bermula 28 Jun ini.
Program ini bersiaran langsung secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) jam 9 malam.