“Doktor Mengambil Keputusan Melakukan Pembedahan Kali Kedua”- Bapa PU Rahmat Alami Pendarahan

Syafiqah Jalal
Disember 13, 2019 03:45 MYT
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan mengesahkan bapanya, Mohd Sofyan Mansor terpaksa menjalani pembedahan kali kedua selepas mengalami pendarahan yang banyak.
PU Rahmat berharap agar urusan bapanya yang kini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dipermudahkan serta bapanya kembali sembuh.
“Ayah saya mengalami pendarahan yang banyak. Doktor mengambil keputusan melakukan pembedahan kali kedua.
“Mohon doa agar ayah saya kembali sembuh seperti biasa. Ya Allah permudahkanlah urusan Mohd Sofyan Mansor, bantulah pembedahan dan kesembuhan buat bapa saya,” tulisnya.
PU Rahmat berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, PU Rahmat memaklmkan bapanya sebelum ini dipindahkan ke IJN dari Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan tersebut.
Namun PU Rahmat tidak memberitahu secara terperinci pembedahan serta penyakit yang dialami bapanya.
Rata-rata mendoakan agar bapanya segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan pembedahan itu.
#PU Rahmat #hospital #pembedahan #Hospital #Bapa #Pendarahan