"Doktor Potong Bahagian Leher Keluarkan Tulang Belakang, Kikis & Letak Balik" - Ngilunya! Naz Cerita Detik Dibedah
Amri Hassan
02/09/2020 22:49 MYT
02/09/2020 22:49 MYT
Pengacara Naz Rahman berkongsi semula detik mendebarkan ketika menjalani pembedahan untuk merawat saraf tunjang termampat pada bahagian lehernya sekitar Mac lalu.
BACA: "Setahun Tak Dapat Rasa Saraf Tangan Kanan" - Naz 'Jalan-Jalan Cari Makan' Selamat Jalani Pembedahan Kali Ke-10
Cerita Naz, 41, dia bersyukur bagaimanapun ketika prosedur dijalankan dia tidak sedarkan diri dan kini sedang dalam proses pemulihan.
"Alhamdulillah saa kini sedang menjalani fisioterapi dan sebenarnya saya masih lemah walaupun sudah beberapa bulan berlalu.
"Doktor menasihati saya untuk tidak bekerja dan mengangkat benda berat tetapi siapa pula nak bagi makan anak-anak saya?
"Prosedur itu membabitkan pemotongan pada bahagian hadapan leher saya untuk mengeluarkan tulang belakang. Doktor kikis dan letakkan semula.
"Dengar macam takut tapi mujurlah saya tak sedarkan diri ketika itu," katanya kepada Gempak.
Pembedahan itu dilakukan ekoran saraf tunjangnya termampat akibat aktiviti fizikal harian serta postur kedudukan leher ketika bekerja setiap hari.
"Sakit ini berpunca dari saraf tunjang dan merebak ke bahagian tangan. Jika tidak dibedah ia akan menjejaskan fungsi lain separuh daripada badan saya hingga ke kaki.
"Pernah ketika saya sedang mengacarakan program tiba-tiba mikrofon tercampak sebab saya tidak dapat mengawal tangan kanan saya. Sampai malu jadinya!
"Ia sebenarnya penyakit moden, kepada anda yang berusia 35 tahun ke atas yang selalu sangat tengok skrin, main telefon pintar dan buat kerja berjam-jam serta selalu menduduk, itulah punca bahagian saraf tunjang saya hancur.
"Saraf itu terkepit dan lama kelamaan ia menjadi semakin kecil. Oleh itu, berhenti rehat setiap 45 minit dan regangkan badan ketika bekerja," nasihatnya.
Penyakit itu kata pengacara Jalan Jalan Cari Makan itu telah dikesan sejak 15 tahun lalu tanpa dia sedar.
"Doktor marah saya, kenapa sampai melarat baru jumpa. Mula-mula saya ingatkan angin, lepas urut-urut hilang tapi semakin lama urut pun tak rasa apa," tambahnya.
Naz perlu menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan petugas kesihatan selama setahun setengah selepas pembedahan.
Ekoran prosedur terbabit juga Naz susut 20 kilogram daripada berat badan asalnya dan kini sedang menambah semula jisim badannya dengan amalan diet seimbang mengikut saranan doktor.