Laman Utama

Doktor Tak Sempat Nak Bedah, Rupanya ‘Mayat’ Ini Masih Hidup!

gempak
Hanafis Haris
12/03/2021
13:00 MYT
Sponsor Banner
Doktor Tak Sempat Nak Bedah, Rupanya ‘Mayat’ Ini Masih Hidup!

Seorang pemuda menggemparkan penduduk India apabila ‘mayatnya’ dikatakan telah hidup sebelum sempat menjalani proses bedah siasat.

Pemuda tersebut, Shankar Shanmukh Gombi, 27, yang disangka sudah meninggal dunia selepas terbabit kemalangan rupa-rupanya masih hidup.

Apa yang lebih mengejutkan, dia hanya diketahui masih bernyawa sebelum proses bedah siasat dijalankan di bilik mayat.

Perkara itu didedahkan menerusi laporan Times of India (TOI).

Menerusi laporan itu, Shankar dikatakan terbabit dalam kemalangan nahas, Sabtu lalu.

Susulan itu, Shankar segera ke hospital swasta dekat Belagavi untuk mendapatkan rawatan.

Walaubagaimanapun, doktor yang merawatnya dikatakan telah menanggalkan alat bantuan pernafasan kerana menjangkakan mangsa meninggal dunia.

"Kakitangan hospital mengesahkan Shankar sudah meninggal dunia dan menghantar 'mayatnya' ke bilik bedah siasat.

"Namun, seorang pegawai kanan di bilik bedah siasat mendapati ada pergerakan pada mayat 'lelaki' itu," katanya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024