Group girl popular, Dolla menjelaskan mereka amat mengalukan lebih ramai band wanita yang meminati muzik untuk tampil ke depan dan tonjolkan bakat mereka kepada umum.

Kata salah seorang ahli Dolla iaitu Sabronzo, biarpun semakin banyak group wanita di dalam industri seperti The Gadys dan The Sara Sisters, namun tidak menganggap hal itu sebagai satu saingan kepada mereka.

“Kami langsung tidak lihat dengan kehadiran band girl yang baru muncul dalam industri sebagai saingan kami.

“Tetapi kami sangat mengalukan lebih ramai bakat-bakat sedemikian yang mencintai muzik sama seperti kami untuk tonjolkan bakat mereka.

“Walaupun ada yang kata Dolla dan beberapa band girl lain seperti The Gadys serta The Sara Sister nampak seakan-akan, namun kami yakin masih ada perbezaan dan konsep tersendiri, nice to see mereka,” katanya kepada Gempak.

Sabronzo berkata demikian dalam satu sidang media selepas dia dan kumpulanya diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Trending Tergempak dan Muzik Video Tergempak menerusi lagu Bad di acara Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022) pada Ahad.

Diminta mengulas mengenai kemenangan mereka, Dolla meluahkan rasa gembira selain berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pembikinan lagu Bad.

“Super super happy dan teruja. Kemenangan ini tidak mungkin mampu kami miliki jika tiada team yang menyokong kami.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak untuk pembikinan lagu Bad dan muzik video Bad. Terima kasih juga kepada kelab peminat kami yang tidak berhenti memberikan sokongan,” tambahnya.