Nampak sama tapi bukan dia!

Personaliti media sosial yang sering berkongsi video masakan, Khairul Aming telah disalahertikan sebagai Haziq Aziz, individu yang mengaku mengadakan hubungan homoseksual dengan lelaki yang dikatakan mirip seorang menteri.

Menerusi tweet oleh seorang netizen, dia tersalah sangka lelaki yang terlibat dengan video lucah tersebut adalah Khairul Aming.Rata-rata netizen terhibur dan memperbetulkan salah faham yang tercetus itu.

Seorang netizen menulis, “noooooooo!!! not him!!!”

Malah ada ramai lagi yang mempertahankan cef muda itu.

“Wehh dont disrespect Khairul Aming like that!”, tulisnya.



Tidak kurang juga ada yang turut sama bersetuju mengatakan muka kedua-dua individu itu saling tak tumpah.

Tweet itu sehingga kini telah mendapat hampir 4,000 retweet dan 2,000 likes.

Nama Haziq Aziz tular minggu ini apabila videonya bersemburit bersama seorang lelaki dikatakan mirip seorang menteri tersebar.

Manakala Khairul Aming pula merupakan seorang jejaka yang sering berkongsi video masakan dengan cara tersendiri dan kini mempunyai 1.8 juta pengikut di laman Instagram.