Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Donald Trump Ampunkan Dua Rapper Kulit Hitam Lil Wayne & Kodak Black Bersama 71 Termasuk Sekutunya

Maliah Surip
21/01/2021 11:20 MYT
Rapper Lil Wayne yang mendapat pengampunan sehari sebelum Donald Trump meninggalkan gelaran Presiden Amerika Syarikat dilaporkan telah menghasilkan sebuah single yang diberi judul Ain't Got Time.

Single tersebut dirilis Lil Wayne hanya dalam tempoh tak sampai dua hari dirinya dibebaskan setelah masuk dalam daftar salah seorang daripada 73 yang terpilih diampunkan Trump.

Menurut laporan Pitchfork, lirik lagu tersebut merujuk kepada insiden yang terjadi ke atas dirinya pada Disember 2019.

Waktu itu, Lil Wyane ditangkap dan ditahan di Miami-Opa Locka Executive Airport selepas pihak berkuasa menjumpai senjata api dan dadah jenis marijuana di dalam jet peribadinya.

Hal itu lantaran terdapat lirik yang berbunyi: 'they raided my private plane' (mereka mengeledah jet peribadiku).

Terdahulu, kerana kes tersebut, rapper berusia 38 tahun itu mengaku bersalah memiliki senjata api dan peluru pada bulan lalu.

Jika disabitkan kesalahan, pemenang lima kali Grammy Awards itu boleh dihukum 10 tahun penjara.

Sementara itu, seorang lagi rapper, Kodak Black turut menerima pengampunan daripada Trump.

Pemilik nama sebenar Bill Kapri yang baru berusia 23 tahun ini berhadapan hukuman penjara tiga tahun selepas ditahan kerana memiliki senjata api.

Malah, tangkapan tersebut bukan yang pertama kali terhadapnya, namun Todak Black sudah banyak kali ditangkap berkaitan dadah dan pemilikan senjata api.

Sebelum ini, AFP juga melaporkan Trump mencetuskan kontroversi apabila memberi pengampunan kepada bekas pembantunya, Steven Bannon dan sekutunya yang lain, beberapa jam sebelum melepaskan jawatan.

"Presiden Donald Trump memberi pengampunan kepada 73 individu dan menggantikan hukuman lebih ringan bagi 70 orang lagi," menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Kredit Foto: Getty Images, The Independent

#Aint Got Time #Kodak Black #Lil Wayne #Pengampunan
;