Laman Utama
“Don’t Be Sellfish!”- Dedah Premis Tak Periksa Sijil Vaksin, Ika Nabila Kecewa Peniaga Ambil Ringan
Pelakon Ika Nabila kecewa dengan sikap peniaga yang mengambil ringan mengenai pemeriksaan sijil vaksin pelanggannya ketika beroperasi.
Ika Nabila mendedahkan pengalamannya apabila ke sebuah premis di Kuala Lumpur yang tidak mempedulikan pemeriksaan tersebut sekaligus mendakwa ia telah membahayakan pelanggan lain.
“Please ya Malaysian kalau tak nak vaksin just keep it to yourself.
“Sebenarnya memang ada certain kedai yang tak tengok sijil digital ni. It happened to me yesterday waktu I pergi beli ayam di kedai mamak berhampiran KLCC.
“Ini amanah, menjaga keselamatan pembeli juga amanah.. as a business owner benda ni yang kita fikir dulu. We don’t wanna jeopardise our customers so does our businesses,” tegasnya.
Ika berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama dia turut memuat naik pengakuan tular seorang golongan anti-vaksin yang bangga apabila dapat membawa keluarganya makan di luar dan bersiar-siar tanpa diperiksa sijil vaksin.
Tegas Ika lagi, sepatutnya semua pihak tidak sepatutnya bersikap pentingkan diri sendiri demi menjaga keselamatan diri semua pihak.
“Makin kurang orang yang menjangkiti dan terjangkit with severe symptoms maksudnya makin cepatlah business kita boleh beroperasi seperti sediakala..Don’t be selfish please.
“Kalau tak nak fikir orang pun fikirlah family… Imagine orang yang datang our premises bawak virus (walaupun dah fully vaccinated) lepas tu berjangkit dengan orang yang datang (unvaccinated). Kemudian orang tu bawak balik virus pada warga emas, anak2..
“Punca? Kita (sebab ambil mudah pada SOP) Yes. Vaksin hak individu but we can help on other things. Contohnya amanah ni. Semoga Allah mudahkan urusan kita peniaga-peniaga kecil yang terkesan ni,” katanya lagi.