Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Don't Trust Anyone!" - Finalis Dewi Remaja Tia Sarah Belajar Daripada Khilaf Rakan Seangkatan

Amri Hassan
03/04/2019 03:19 MYT
Finalis Dewi Remaja 2018/2019, Tia Sarah melihat insiden yang berlaku kepada rakan seangkatannya dalam pertandingan itu beberapa bulan lalu sebagai pedoman untuk dia lebih berhati-hati selepas ini.

Jelas Tia, disebabkan kontroversi terbabit dia belajar untuk tidak mempercayai sesiapa dan lebih berwaspada untuk memilih kawan.

"Don't trust anyone! Terutama pada zaman media sosial ini. Walaupun serapat mana seseorang individu itu dengan kita jangan letak sepenuh kepercayaan.

"Saya belajar banyak perkara sejak menyertai Dewi Remaja dan apa yang berlaku sepanjang dan selepas pertandingan adalah proses baharu bagi saya," katanya kepada Gempak.

Tia merupakan penyandang tempat kedua Dewi Remaja 2018/2019 selepas Haneesya Hanee yang ditabalkan sebagai juara.

Bagaimanapun, status kejuaraan Haneesya ditarik balik selepas terpalit dalam skandal video parti kelab malam dan minuman keras di sebuah kelab malam.

Namun, Tia tidak sekali gus melabelkan individu yang pernah membuat kesilapan dalam hidup sebagai pesalah.

"Saya masih berkawan dan berhubung dengan semua peserta Dewi Remaja. Tidak pernah sesekali saya menghukum atau menilai mereka atas apa jua perkara yang berlaku," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Tia bakal muncul menerusi filem pertamanya, Bu, yang akan ditayangkan di pawagam bermula 11 April nanti.

Menerusi filem tersebut, Tia melakonkan watak seorang remaja yang memberontak bernama Julie.

Filem Bu dibintangi pelakon handalan lain seperti Remy Ishak, Rashidi Ishak, Nadiya Nisaa, Nadia Brian, Mawar Rashid, Iedil Putra dan Wan Hanafi Su.
#Viral #Viral #Dewi Remaja 2018/2019 #Tia Sarah
;