HIBURAN

Donut RM47 Buatan Pinkan Mambo Jadi Bualan: “Maaf Cakap…”

Maliah Surip 15/07/2025 | 21:55 MYT
Selebriti Indonesia, Pinkan Mambo tidak pernah surut dengan cerita sensasi, bukan sebagai penyanyi tetapi individu melakukan pelbagai kerja untuk meneruskan kehidupan.

Terkini, mantan anggota kumpulan Ratu itu rancak menjual donut yang dipromosikan menerusi siaran langsung di TikTok.

Pinkan diketahui menjual pelbagai perisa donut termasuk donut gula halus, coklat, nutella dan skippy. Namun inisiatif menjual donut itu menerima kritikan apabila disifatkan tidak sepadan dengan harga.

Penyanyi itu menjual donut dalam sebuah kotak dengan harga mencecah RM47. Namun ramai yang menyifatkan donut dan pembungkusannya terlihat murah.

“Packaging jelas tidak premium dan tekstur donut coklat nampak selekeh,” komen seorang pengguna media sosial seperti dilaporkan Insertlive.

“Maaf cakap, nampak lebih elok dan sedap donut yang dimasak sendiri di rumah,” tulis seorang lain.

Sementara itu ada beberapa food vlogger mendakwa sudah mencuba donut buatan Pinkan. Mereka mengatakan tekstur donut yang dibuat terlalu padat sehingga disebut seperti roti goreng.
#Viral #Indonesia #Pinkan Mambo #Donut