Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Doorgift Majlis Kahwin Luna Maya & Maxime Bouttier Buat Netizen Ternganga, Cecah Ribuan Ringgit! - "Kita Dapat Sudu Garfu Pun Dah Happy Ini Pula ..."

Amri Hassan 15/05/2025 | 14:55 MYT
Majlis perkahwinan eksklusif pasangan selebriti Indonesia, Luna Maya dan Maxime Bouttier, bukan sekadar perkahwinan biasa bahkan satu acara mewah yang penuh gaya dan kelas tersendiri!
Berlangsung di lokasi eksotik Gianyar, Bali, momen bahagia mereka diabadikan dalam suasana tertutup namun tetap mencetuskan fenomena luar biasa di media sosial. Dari senarai tetamu A-list hinggalah ke setiap perincian majlis, semuanya cukup mempesona.
Tetamu yang hadir bukan calang-calang! Antara nama yang mencuri perhatian termasuk Edric Tjandra, Melaney Ricardo, Ayu Dewi, Ashanty, Raffi Ahmad, Nirina Zubir dan Nagita Slavina.
Namun, yang benar-benar menjadi bualan netizen adalah isi kotak cenderahati yang diberikan kepada para jemputan.
Menerusi video unboxing yang dikongsi oleh Edric di Instagram, tetamu menerima beg anyaman Bali berwarna coklat yang nampak simple dari luar, tapi bila dibuka penuh dengan barangan berjenama yang mewah.
Antara kandungan paling mengejutkan termasuklah satu tumblr jenama Stanley bernilai RM240, sehelai tuala Terry Palmer berkualiti tinggi (RM60–RM115) dan sebotol minyak wangi YSL Libre bernilai RM600 sebotol.
Yang lebih eksklusif, setiap item dicetak dengan huruf L dan M iaitu inisial Luna dan Maxime yang menjadikan cenderahati itu bukan sekadar mewah, tapi penuh sentuhan peribadi yang classy.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam video yang kini viral, Edric meluahkan rasa terkejut: “Wow, amazing, guys. Cenderahati ni mahal sangat!”
Melaney Ricardo pula memuji pemilihan hadiah yang bukan sahaja mewah, tetapi juga praktikal dan berguna.
“Tumblr ini memang jenama. Saya rasa semua orang akan pakai.” katanya.
Tak hairanlah bila ramai netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi teruja malah ada yang berseloroh.
“Dapat sudu garfu pun dah cukup gembira, ini dapat YSL percuma. Pengsan!”
Manakala seorang lagi menulis; “Faham sangat kenapa majlis ni tertutup… sebab setiap tetamu dilayan macam VIP!"
#Kahwin #Viral #Luna Maya #Hadiah #Mahal #Maxime Bouttier #Majlis #Mewah #Tetamu #Pewangi #Doorgift #YSL