“Dorang Kan Dah Bayar?” - Tetamu Minta Tapau Makanan, Tapi Majlis Kahwin Belum Mula

Izwan Isa
September 17, 2023 04:50 MYT
Sepotong video yang memperlihat seorang wanita meminta membungkus makanan di sebuah majlis perkahwinan viral sehingga meraih pelbagai komen dalam kalangan netizen.
Menerusi video berkenaan, wanita itu meminta untuk membungkus makanan yang telah disediakan oleh penyedia makanan, sungguhpun majlis perkahwinan dan jamuan makan belum lagi bermula.
“Dorang kan dah bayar, takkan satu bungkus, dua bungkus tak boleh tapau?” tanya wanita itu kepada pekerja-pekerja yang sedang menguruskan makanan untuk tetamu.
Sungguhpun sudah sudah memberikan penerangan, namun wanita itu tetap berdegil untuk mendapatkan makanan bungkus sebelum tetamu lain datang.
Menerusi ruangan balasan, ramai yang mengecam tindakan wanita berkenaan. Namun, ada juga yang berpendapat rakaman tersebut hanyalah sekadar lakonan semata-mata.
Sumber: Twitter
BACA: Wanita Terkejut Suami Bukan Duda Anak Satu Tapi 7 & Sudah 5 Kali Berkahwin​
#Makanan #Majlis Kahwin #Tapau #Tetamu