Hiburan
Dottie Suka Masak Sotong Untuk Suami
Pelakon comel, Dottie mendedahkan dirinya suka memasak lauk yang berasaskan makanan laut sotong untuk dihidangkan kepada suaminya.
Hampir sebulan usia perkahwinan, Dottie atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Abd Razak, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohd Haffis Abu Hassan, 27, pada 25 Disember lalu.
“Suami saya seorang yang sangat ringkas dan tidak banyak permintaan. Bercakap mengenai hal makanan, dia juga tidak cerewet. Sebagai seorang isteri, saya akan memasak makanan kegemaran suami.
“Memandangkan suami saya suka makan sotong, jadi saya sering memasak makanan laut itu. Saya mempelbagaikan masakan saya. Sebagai contoh jika hari ini saya masak sambal sotong, esok saya akan masak sotong masak kicap pula,” kata Dottie kepada Astro Gempak.
Mengakui tidak banyak perbezaan sebelum dan selepas berkahwin, Dottie mendedahkan kini dia mendahulukan suami dalam setiap perkara.
“Sejujurnya, keadaan sebelum dan selepas bergelar isteri tidak banyak bezanya. Suami membenarkan saya berlakon dan tidak membantah minat saya dalam bidang seni.
“Namun begitu, jika dahulu saya bergerak solo, kini saya akan mendahulukan suami dalam semua hal. Sebelum melakukan apa-apa perkara, saya akan meminta izin suami terlebih dahulu,” katanya lagi.A photo posted by Syuhaida Abraz ( Dottie ) (@syuhaida.abraz) on
Dalam perkembangan terbaru, Dottie bakal muncul dalam drama bersiri terbaru, 3 Gadis Manis yang bakal disiarkan di laman web Astro Gempak.
Drama bersiri yang menampilkan Dottie bersama Ayda Jebat, Mira Filzah, Cristina Suzanne dan Alvin Chong ini bakal ditayangkan pada Mac ini.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Must-Watch Video