Pelawak Douglas Lim muncul dengan siri komedi dokumentari baharu berjudul M.A.C.C.

Selain Douglas, tiga lagi rakan baiknya iaitu pelawak Kuah Jenhan, Phoon Chi Ho dan Dr. Jason Leong turut membintangi dokumentari itu.

Menariknya lagi siri M.A.C.C yang diterbit, ditulis dan diarahkab oleh Kuah Jenhan ini mendedahkan rakaman yang belum pernah dilihay dari persembahan-persembahan terakhir merea di MACC Mania X: The Goodbye Tour pada tahun 2019.

Dokumentari ini seakan-akan surat conta kepada semua peminat-peminat mereka buat kau terakhir.

Saksikan detik-detik eksklusif belakang tabir, temu bual dan telatah lucu kumpulan ini dalam meraikan satu dekat persahabatan mereka.

Tayangan perdana siri M.A.C.C ini akan disiarkan bermula 8 hingga 15 September, jam 8:30 malam di Hello (saluran 702) dan Astro GO.

Episod ini juga boleh distrim di platform digital On Demand selepas tayangan perdana.

Terdahulu M.A.C.C membawa maksud Maaysian Association of Chinese Comedians.

MA.C.C menerokai sejarah naik turunnya empat sekawan di pentas komedi tempatan dan luar negara.