Sering berkongsi info mengenai perubatan dan kesihatan di laman sosial, pakar bedah Dr. Amalina Che Bakri kali ini membuat hantaran mengenai mitos popular di kalangan orang Malaysia.

Perkongsian tersebut disokong pengikut Dr Amalina di media sosial dan berpendapat masyarakat sudah lama tertipu dengan mitos.

“Hehe…Thanks doc! Finally ada someone yang bagitau benda ni. Dah lama orang kita kena scam info yang tak betul.”

“Great you’re clarifying the cultural myths!.”

“Imagine i have to answer these myths to my patients, its still a challenge!”

“Biasanya yang cakap benda-benda ni orang tua. Bila kita jawab macam ni, diaorang akan kata diaorang lebih banyak makan garam. So diam je lah…,”
antara reaksi pengikut di ruangan komen.

Menerusi hantaran yang dibuat pada Ahad itu, Dr Amalina telah berkongsi beberapa mitos dan membetulkannya dengan dengan fakta kesihatan.

“Mandi malam penyebab paru-paru berair. Dalam konteks ini, di Malaysia mereka mungkin menggunakan frasa ini untuk menggambarkan jangkitan dada (radang paru-paru), edema paru atau efusi pleura.

“Penumonia kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan bakteria. Edema paru disebabkan oleh otot jantung yang lemah (disebabkan oleh tekanan darah tinggi, penyakit injap di jantung dan lain-lain) menyebabkan lebihan cecair berair di paru-paru sehingga menyukarkan anda untuk bernafas.

“EffPleural effusion adalah kumpulan cecair di sebelah paru-paru. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai sebab termasuk barah.

“Tidak ada bukti bahawa mandi pada waktu malam dapat menyebabkan pertambahan cecair di paru-paru anda,” kongsinya.

Mitos popular lain yang dikongsi Dr Amalina ialah mengenai sis penyebab darah period beku sehingga boleh menyebabkan kanser serta sis penyebab urat kembang.

Dr Amlina turut menerangkan mengenai fakta kononnya kicap penyebab parut hitam dan timun menyebabkan keputihan.

A post shared by Dr. Amalina | General Surgery (@dramalinabakri)