BERITA

Dr Amalina Selamat Bersalin Anak Kedua, Namakan Aurora Sienna!

Amri Hassan 02/06/2025 | 22:30 MYT
Doktor kelahiran Malaysia yang kini menetap dan berkhidmat di United Kingdom (UK), Dr Amalina Che Bakri, berkongsi berita gembira apabila selamat menimang cahaya mata kedua.
Menerusi satu hantaran di Instagram pada malam Isnin, Dr Amalina memperkenalkan bayi perempuan yang diberi nama Aurora Sienna.
“Dari tiga sekeluarga kini menjadi empat. Kenali cinta baru dalam hidup kami, Aurora Sienna. Arabella sangat teruja menjadi kakak. Alhamdulillah,” tulisnya.
Dalam hantaran tersebut, Hospital St. Thomas di London turut ditandakan, dipercayai lokasi kelahiran Aurora, sama seperti anak sulung sebelum ini.
Empat keping gambar dikongsi termasuk momen indah bersama bayi baharu, suami tercinta Alexander Charles, serta puteri sulung, Arabella Mia.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2021 di London Central Mosque. Setahun kemudian, anak pertama selamat dilahirkan pada Oktober 2022, juga di Hospital St. Thomas.
Perkongsian Dr Amalina menerima ribuan ucapan tahniah daripada warga maya termasuk rakan selebriti yang turut teruja dengan kehadiran Aurora sebagai ahli baharu dalam keluarga kecil mereka.
#Anak #Bersalin #London #Dr Amalina Che Bakri #Aurora Sienna