Hiburan

Dr. Fitri Haris Nikah Sabtu Ini, Masih Rahsiakan Identiti Bakal Isteri

gempak
Amri Hassan
18/12/2019
08:20 MYT
Sponsor Banner
Dr. Fitri Haris Nikah Sabtu Ini, Masih Rahsiakan Identiti Bakal Isteri
Juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua, Dr. Fitri Haris bakal menamatkan zaman dudanya pada hari sabtu ini (21 Disember).
Bagaimanapun, Fitri enggan mendedahkan nama dan wajah wanita yang bakal dikahwininya nanti.
"Dia orang biasa, bukan artis. Kami berkenalan melalui keluarga yang memberi cadangan dan restu disatukan.
"Secara jujur, saya tidak tahu bagaimana boleh terbuka hati untuk berkahwin lagi. Selama ini, tertutup rapat pintu hati selain sibuk dengan kerja dan pengajian.
"Namun, saya ikut rentak. Mungkin ini yang terbaik... Insya-Allah,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Bekas anggota nasyid UNIC itu memberitahu pilihan untuk merahsiakan identiti wanita itu bagi menghormati permintaan keluarga.
"Keluarga meminta dirahsiakan semuanya. Nanti kita kongsi cerita selebihnya pada hari perkahwinan kami," tambahnya.
Majlis pernikahan Fitri dan pasangan akan berlangsung pada hari Sabtu ini di sebuah hotel di ibu negara.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024