Warganet memuji Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kerana sudi turun padang melawat kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Jalan Teratai, Klang, semalam (Sabtu).

Dr Noor Hisham menerusi Facebook rasminya berkata, dalam lawatan kerja itu, beliau diberikan taklimat oleh Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Klang, Dr Masitah Mohamed berhubung perkembangan terkini pengurusan PKPD.

Beliau turut memberitahu sempat bertukar pendapat dengan pihak pengurusan operasi terlibat dan mendegar isu-isu berbangkit.

“Alhamdulillah, saya sempat bertukar pendapat dengan pihak pengurusan operasi yang terlibat dan mendengar isu-isu yang berbangkit agar operasi PKPD ni berjaya dalam membendung penularan ke dalam komuniti.,” katanya.

Dalam pada itu Noor Hisham turut mengucapkan terima kasih kepada semua agensi terlibat yang bertungkus lumus menjalankan tugas sepanjang pandemik Covid-19.

“Berkesempatan ini juga, saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua agensi terlibat terutamanya Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, PDTK, Majlis Bandaraya Klang, JBPM, APM, JKM, RELA, Pejabat Penerangan dan NGO-NGO yang turut serta dalam menjayakan aktiviti PKPD ini,” tulisnya.

Di ruangan komen, warganet mengucapkan terima kasih kepada Noor Hisham kerana turun padang dan membuat lawatan kerja ke kawasan-kawasan berisiko tinggi.

Ada juga yang berpendapat fizikal Noor Hisham semakin susut dan kelihatan letih, sekaligus mendoakan keselamatan dan kesihatan beliau.

“I really feel sad and pity looking at you, seems lost weight a lot alrdy. Somehow I do feel proud for having DG to be the General fighting COVID19 in Malaysia. Please take good care of yourself, dear DG. We're always with you,” tulis seorang pengikut.

Kata warganet lagi, sekurang-kurangnya kedatangan Noor Hisham ke PKPD Jalan Teratai, menyuntik semangat petugas barisan hadapan.

Pada pagi ini, saya berpeluang untuk mengadakan lawatan kerja di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan...

Posted by Noor Hisham Abdullah on Friday, 27 November 2020