Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dr. Say Mengaku Isteri Tak Pantang – “Ibu-Ibu Jaga Pantang Makan Ikan Haruan, Ikan Kering, Tapi Lepas Pantang Ngap Kepchi, Mekdi….”

Fiza Kamarudin
21/09/2021 08:30 MYT
Doktor Say Shazril mengakui secara terbuka mengenai isterinya, Dr. Azura Abas tidak pernah berpantang sejak kelahiran anak pertama mereka, Aezriel atau Ace.

Katanya yang lebih mesra disapa Dr. Say itu, dia berkongsi mengenai perkara tersebut kali kedua kerana masih lagi yang bertanya dan mempersoalkan tentang amalan berpantang atau tidak.

“Wife doktor pantang tak? Ahaa ramai jugak yang DM tanya soalan ni memandangkan saya rasa ada yang baru follow IG saya.

“Kalau yang follow sejak zaman Ace dulu mesti tau dah cerita ni. Tapi takpe saya cerita sekali lagi. Jawapannya, sejak anak pertama dan termasuk anak kedua ni bini saya tidak berpantang,” katanya.

Menurut Dr.Say dia pernah ditegur warganet mengenai perkara tersebut dengan alasan ‘badan nak pakai lama’.

Tidak melenting dengan teguran warganet, Dr. Say menjelaskan beliau tidak pernah menentang amalan berpantang para ibu.

Apa yang penting katanya, ibu yang baru melahirkan sepatutnya mengambil makanan seimbang dan berkhasiat supaya sentiasa ceria, cergas serta sihat.

Tidak berbaloi menjaga pantang selama 44 hari sekiranya selepas tempoh itu para ibu mengabaikan pengambilan makanan dengan memakan makanan segera yang sudah tentu akan memudaratkan kesihatan.

“Kunci utamanya adalah pengambilan makanan yang sihat dan seimbang, tu je. Ayam, telur, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan macam kangkung, timun, tembikai, pisang boleh je nak makan sebab ni semua tergolong dalam makanan yg sihat dan seimbang.

“Kalau nak cakap “gatal” atau “bisa”, dari segi perubatan there is no such thing cuma kalau memang allergic, elakkanlah.

“In a nutshell, bergantung kepada kepercayaan ibu tu sendiri sama ada nak amalkan pantang-larang ini atau tak.

“Yang penting jangan terlalu extreme supaya ibu-ibu sentiasa cergas, ceria dan sihat semasa dalam pantang,” nasihatnya.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

;