TERKINI

Dr Say & Polis Serbu Bilik Maid, Kantoi Dua Lelaki Menyorok Dalam Selimut - “Saya Layan Seperti Manusia, Tapi Layanan Binatang Mereka Beri…”

Mya Amri 31/07/2024 | 00:50 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluakan rasa kecewa dengan insiden pembantu rumahnya yang membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.

Dua kelibat lelaki menyorok dalam selimut

Tidak hanya terhenti di situ, Dr Say menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram mendedahkan dua lelaki itu dijumpai berada di atas katil sambil menyorok dalam kain selimut di bilik pembantu rumahnya.
“Bila pintu dibuka nampak baby saya tengah tidur dalam rocker ditengah tengah antara dua katil maid saya dan nampak dua kelibat lelaki sorok dalam selimut atas katil.
“Polis suruh saya ambil baby dan polis ‘ajar’ dua lelaki tersebut. Memandangkan mereka masuk atas jemputan maid dan bukan pecah masuk, tak boleh nak tangkap dua lelaki itu.
“Polis bagi saya setel sendiri dengan maid dan memang saya maki maid saya saying saya kecewa gila dengan mereka.
#Polis #Pembantu Rumah #PDRM #Maid #Dr Say #Dr Say Shazril