Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dr Say Shazril ‘Terduduk’ Bila Tahu Gaji ‘Content Creator’ Cecah RM80,000 Untuk 3 Konten - “Tiada Lagi Badan Yang Menyelia & Mengawal Harga…”

Asyikin Mayudin
03/08/2024 02:55 MYT
Doktor selebriti, Dr Say Shazril mengakui dia berasa terkejut apabila mengetahui gaji pencipta kandungan atau ‘content creator’ di media sosial boleh mencecah RM80,000 untuk tiga konten sahaja.

Tanya Agensi

Menurut Dr Say, dia sempat bertanya mengenai perkara tersebut kepada agensi yang dia pernah bekerjasama sebelum ini yang turut mengesahkannya.

“Terduduk saya dibuatnya bila dengar RM80,000 untuk tiga konten. Saya tanya agensi yang pernah saya bekerjasama dan mereka kata ya. Terduduk saya sekali lagi, kenyang uii.

“Untuk pengetahuan anda, tiada lagi badan yang menyelia dan mengawal harga penghasil kandungan. Jadi harga semua orang berbeza. Terpulang pada diri masing-masing nak letak harga berapa,” katanya.

Titip Pesanan

Suami kepada Dr Azura ini sempat menitipkan pesanan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar jangan berfikiran mudah untuk menjadi penghasil kandungan.

“Berpijak di bumi yang nyata ya adik-adik yang tak hadir ambil SPM. Semua penghasil kandungan yang anda nampak itu, mereka dah buat beratus malah beribu konten sebelum sampai ke tahap itu.

“Nak kekalkan apa yang mereka buat itu satu hal juga sebab kalau dok buat iklan je, orang naik bosan dan tak jadi pengikut dah.

“Jadi, jangan berhenti belajar kalau rasa jadi penghasil kandungan boleh jana pendapatan banyak macam itu. Nak jadi penghasil kandungan perlu bekerja keras, pengorbanan dan konsisten untuk sampai ke tahap itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri Alasan Mahu Ke Coachella, Imran Bard Sedih Permohonan Visa Ke Amerika Syarikat Ditolak - “Bayar RM888 Just For The Interview”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Persoal Kenapa Beri Maid Pakai Handphone, Dr Say Perjelas Ada Polisi Berbeza - “Bila Dah Mula Kerja…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Degree Ni Takkan Membantu Aku” - Anggap Ijazah Tak Penting & Dibeli Dengan Duit, Lelaki Ini Dikritik Netizen

“Saya pun tak capai harga RM80,000 untuk tiga konten. Bukan semua dalam dunia ini mudah. Kalau senang, semua orang dah kaya,” ujarnya lagi menerusi perkongsian video di Instagram.

Baru-baru ini, viral sebuah video berhubung gaji penghasil kandungan atau ‘content creator’ di media sosial boleh mencecah RM80,000 untuk tiga konten sahaja.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

#Dr Say Shazril #Content Creator #Pempengaruh media sosial #Bayaran content creator #Gaji content creator #Konten media sosial
;