Dr Say Triggered Lelaki Cetek Akal Ugut Kahwin Lain Sebab Bersalin Ceaser - “Hang Patut Bersyukur Isteri & Anak Hang Masih Hidup Bro, Dungu"
Mya Amri
29/08/2024 02:50 MYT
29/08/2024 02:50 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluahkan rasa kesal dengan kisah tular seorang lelaki yang bertindak mengugut untuk berkahwin lain hanya kerana isterinya memilih untuk bersalin menggunakan kaedah pembedahan (czer).
Lelaki tak matang
Menurut Dr Say, tindakan lelaki itu disifatkan sebagai tidak matang kerana tidak menghargai isteri yang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.
Malah dalam rakaman video pendek yang dikongsi, Dr Say juga turut menjelaskan makna kaedah pembedahan secara kecemasan.
“Saya cukup triggered dengan laki yang cetek akal dan ilmu macam ni.
“Kepada yang tak tahu emergency caesar adalah satu keadaan yang mana ibu mengandung harus bersalin secara pembedahan dalam keadaan getir kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa ibu atau kandungan. Jika proses bersalin itu dibiarkan lebih lama,” jelasnya.
Risiko sekiranya tak jalani pembedahan kecemasan
Dalam pada itu, Dr Say juga berkongsi pengalaman isterinya bersalin anak pertama dan juga risiko sekiranya tidak menjalani pembedahan kecemasan.
“Anak pertama saya lahir emergency caesar sebiji macam kisah wanita ini, yakni bayi lemas.
“Yang mana denyutan jantung baby lemah dan bila dibedah ada tali pusat melilit leher anak saya sebanyak dua kali.
“Doktor dekat dunia ni takkan sewenang-wenangnya suruh seorang ibu yang sarat mengandung untuk melakukan emergency caesar sebab risiko pembedahan lebih besar berbanding bersalin normal.
“Tujuan utama emergency ceaser adalah untuk mengurangkan risiko dan memastikan outcome yang terbaik untuk ibu dan juga bayi,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Bersalin Cara Czer, Suami Ugut Isteri Nak Kahwin Lain - "Tak Nak I Dapat Wife Rosak"
ARTIKEL BERKAITAN:Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”
ARTIKEL BERKAITAN:Dr Say & Polis Serbu Bilik Maid, Kantoi Dua Lelaki Menyorok Dalam Selimut - “Saya Layan Seperti Manusia, Tapi Layanan Binatang Mereka Beri…”
ARTIKEL BERKAITAN:Berdepan Masalah Jantung, Uyaina Arshad Pilih Bersalin Secara Pembedahan - “Kami Dah Berempat Sekarang…”
Wanita bersalin sepatutnya diraikan
Dalam video yang sama, Dr Say juga berkata wanita bersalin seharusnya diraikan bukannya diberikan tekanan dengan kata-kata yang kurang baik daripada seorang suami.
“Nak cakap rosak badan pula celah mana yang rosak? Doktor akan jahit 7 lapisan yang dibedah tu dengan kemas dan teliti sebab kalau ada lapisan yang tak dijahit dengan kemas ada pelbagai komplikasi boleh jadi macam pendarahan jangkitan kuman luka terbuka dan banyak lagi.
“Yang rosak tu pemikiran hang bro. Secara keseluruhannya, wanita yang bersalin tak kira apa jua cara, baik normal emergency caesar ataupun elective caesar patut diraikan.
“Sebab proses mengandung, bersalin, recovery lepas bersalin kalau diberikan kepada kita kaum lelaki belum tentu kita mampu melaluinya.
“Hang patut bersyukur isteri dan anak hang masih hidup bro dungu,” katanya.
Terdahulu, tular tangkap layar yang dimuat naik di TikTok, mengenai perbualan WhatsApp di mana suami memarahi isterinya kerana tidak bersalin secara normal.
Entri yang dimuat naik semula di platform X meraih perhatian netizen di mana majoriti meluahkan rasa tidak puas hati dengan reaksi yang ditunjukkan lelaki itu.