Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina Bakal Timang Anak Kembar Kali Kedua, "Kami Selalu Mahukan Keluarga Besar .."

Zulaikha Yusof 18/06/2020 | 16:32 MYT
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengumumkan akan menerima sepasang kembar buat kali kedua tidak lama lagi.
Menurut Muszaphar, isterinya, Datin Dr Halina kini sedang hamil tiga bulan.
"Alhamdulillah. Syukur teramat. Dr Halina kini mengandung 13 minggu anak kembar.
"Saya hanya gembira, tidak dapat berkata-kata. Seperti Dejavu sekali lagi," tulisnya.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya beserta foto lengkap bersama ahli keluarganya.
Tambah Muszaphar, dia dan isteri sentiasa menginginkan sebuah keluarga yang ramai.
Namun begitu, dia sedar mengandung anak kembar ini sangat berisiko berdasarkan pengalaman lalu yang dilalui oleh mereka berdua.
"Kami selalu mahukan keluarga besar. Tetapi mengandung anak kembar semasa hamil adalah risiko yang sangat tinggi seperti yang pernah kami alami sebelumnya.
"Mual berganda. Muntah berganda. Kembung berganda. Teringin berganda. Pendarahan berganda seperti yang pernah dialami isteri," tulis ayah kepada empat orang anak ini.
Walaupun sedang berbadan dua, Dr Halina masih melaksanakan tanggungjawabnya sebagai barisan hadapan (frontliner) bagi merawat pesakit Covid-19.
"Sukar melihat Dr Halina melalui trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner yang merawat pesakit Covid dan dia benar-benar layak untuk dihormati.
"Satu-satunya perkara yang dapat saya lakukan ialah menambah berat badan bersamanya yang merupakan sebahagian daripada perjanjian. Haha.
"Salam semua. Cinta seperti selalu. Sekadar berkongsi berita gembira. Jadilah kuat cintaku. Hanya bertahan di sana dan serahkan beban kerja anak-anak kepada saya," tulisnya lagi.

Pic - Expecting Twins again ... Alhamdulillah - Syukur teramat . Dr Halina is now 13 weeks pregnant with twins . I’m just thrilled , speechless and over the moon ... It’s like DejaVu all over again . We have always wanted a big family . But carrying twins during pregnancy is totally high risk as we have experienced that before . Double Nauseous Double Vomiting Double Bloating Double Craving Double Bleeding - which she did It was tough seeing Dr Halina undergoing through her 1st Trimester and still working as frontliners treating Covid patients and she truly deserve my utmost respect . The only thing I could do is to gain weight with her which is part of the deal - Haha Salam Everyone Love As Always Just sharing the good news PS - Do be strong my love . Just hang in there and leave the workload of the kids to me . ?

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
BACA: Ajar Anak Solat, Kenalkan Kalimah Allah...Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Didik Anak Di Usia Kecil​
#Hamil #Hamil #Dr Sheikh Muszaphar #Anak Kembar #Dr Halina
;