,
Hiburan

Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Momen Sayu Hantar Anak Sulung Masuk Asrama - "Berat Untuk Lepaskan, Tetapi Kami Perlu Kuat"

Umirah Halim
18/03/2024
22:00 MYT
Personaliti terkenal dan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi momen sebak ketika menghantar anak sulungnya, Sophea Isabella masuk ke asrama, Kolej Genius Permata Pintar Negara (KPPN).
Menerusi perkongsian di Instagram akaun miliknya, memaparkan momen Sophea Isabella berpelukan bersama enam adik-beradiknya dan suasana di sekitar kawasan asrama tersebut.
Menurut bapa kepada tujuh cahaya mata itu, dia berasa sangat berat hati untuk melepaskan anak sulungnya itu kerana ia merupakan kali pertama mereka berjauhan namun harus dilakukan demi masa depan anaknya.
"Ini kali pertama buat Bella dan kami sebagai ibu bapa. Dr Halina (isteri) sudah bergenang air mata. Sukar untuk dilepaskan, tetapi kami perlu kuat.
"Semoga Allah melindungi Bella sepanjang perjalanan dia, semoga dia tenang. Demi ilmu pengorbanan harus dilakukan.
"Kami menyediakan anak-anak kami untuk masa ini. Untuk berdikari dan kuat. Meninggalkan sarang semata-mata untuk menimba ilmu. Tetapi apabila tiba masanya, ia amat sukar," tulis nya pada ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen rata-rata netizen turut sebak dan sempat menitipkan kata-kata semangat buat Sophea Isabella.
"Saya pulak menangis hahaha rasa macam anak sendiri. Dah besar dah Bella.
"Saya pula nak nangis doc. Follow story doc ni dari Bella kecik, cepat je tengok dia membesar and dah nak tinggalkan parents.
"Alahai kita pulak yang sebak. All the best Bella.
“Good luck Bella. Saya pasti mesti Bella boleh adapt dengan cepat," komen beberapa netizen.
Sekadar info, sebelum ini Sophia Isabella telah berjaya menerima tawaran dari tiga institusi pendidikan hebat secara serentak iaitu Kolej Yayasan Saad, Kolej Tunku Kurshiah dan Kolej Genius Permata Pintar Negara dan Dr. Sheikh Muzaffar telah memilih KPPN selepas hasil daripada perbincangan sekeluarga dan solat istikharah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar