Seperti ibu bapa yang lain, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar akui turut bimbang setiap kali bayinya jatuh sakit.

Terbaharu, Sheikh Muszaphar memberitahu salah seorang anak kembarnya iaitu Adam telah demam dan selesema, sementara seorang lagi Noah sihat seperti biasa.

Menurut Sheikh Muszaphar yang juga merupakan seorang doktor bedah ortopedik itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, beliau tidak tahu dari mana penyakit itu dijangkiti.

Sheikh Muszapahar turut berkongsi tip yang dilakukan untuk merawat bayinya yang baru berusia enam bulan itu tanpa sebarang pengambilan ubat.

Berikut merupakan tip yang diamalkan:

1.Tanggalkan baju bayi
"Dengan suhu yang tinggi iaitu 38 hingga 39 darjah selsius, anda perlu tanggalkan baju bayi dan hanya memakaikannya dengan lampin sahaja,"

2. Tuala basah
"Letakkan tuala basah ke atas badan mereka untuk menurunkan suhu mereka,"

3. Guna 'koolfever'
"Biasanya saya akan menggunakan 'koolfever' ke atas badannya sepanjang malam,"

4. Demam campak atau 'chickenpox'
"Dalam masa yang sama perhatikan jika ada sebarang ruam atau tanda merah yang naik ke atas badan bayi anda. Biasanya ruam demam campak atau 'chickenpox' akan keluar selepas masa lima hari demam panas.

5. Asingkan dengan adik-beradik lain
"Ibu bapa perlu bersabar ketika merawat anak yang sakit dan cuba asingkan bayi yang demam dengan adik beradik lain,"

6. Teruskan susuan ibu
"Ibu perlu terus menyusukan bayi yang demam,"

Sheikh Muszaphar memberitahu selepas mengamalkan kaedah tersebut selama tiga hari, anaknya pulih dari demam tanpa mengambil sebarang ubatan.

Rata-rata pengikut IGnya gembira dengan tip yang dikongsikan kerana ia dikatakan sangat berguna buat ibu bapa lain.

Pic - Adam not feeling well while Noah looks on .... What do you do when your child is not feeling well with fever , running nose and cough ? These are trouble times when you need lots of patience . Adam had fever for the past 2 days with flu and we are not sure where he got it from . Probably from Tasha who had it from school . Virus spreads very fast among children especially from school . With high temperature of 38-39 Celsius , it’s important to take off their clothes and just wear diapers on . Wet cold towels on their body to bring down the temperature . I usually put on those koolfever patch on their body throughout the night . They will have difficulty in sleeping because of their blocked nose . Hydrate them a lot during these times . Normally I would wait for 3 days before applying any form of medicine . It should recover by themselves as I try to avoid any forms of drugs into their tiny bodies . Lookout for any rashes or spots . Measles or chickenpox rashes will come out 5 days after a high bout of fever . Parents need to have lots of patience during these times and try separate them from other siblings except for Mummies to continue breastfeeding them . Alhamdulillah after 3 days Adam is back to normal now smiling and playful as usual . Happy Monday Everyone .... ?

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on


Foto: Instagram Dr. Sheikh Muszaphar
Teks oleh: Syafiqah Jalal