Dr. Sheikh Muszaphar Tunai Haji Bersama Ibu

Syafiqah Jalal
Ogos 20, 2018 04:14 MYT
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor selamat berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah Haji bersama ibunya.
Dr. Sheikh Muszaphar berkata ia sesuatu perkara yang sangat berharga apabila berpeluang membawa ibu menunaikan haji bersama.
The best thing for me is to be able to bring my mum for Hajj . Alhamdulillah . It’s a journey I cherished for . Just me with her and no one else,” luahnya.
Berita itu dikongsi oleh Dr. Sheikh Muszapahar menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Muszaphar memberitahu lagi dia bakal menemani serta membantu ibunya sepanjang mengerjakan Haji di sana.
Malah doktor bedah ortopedik itu juga akan berkongsi pengalaman ibadahnya di sana sebagai perkongsian buat muslimin yang belum berpeluang ke sana.
#Haji #Angkasawan Negara #Sheikh Muszaphar