Dr. Soo Wincci Gembira Puasa Tahun Ke-9 Di Malaysia
Seperti Ramadan sebelum ini, penyanyi dan pelakon Dr. Soo Wincci sekali lagi meneruskan aktiviti berpuasa yang sudah memasuki tahun kesembilan.
Menurut Soo Wincci dia gembira kerana tahun ini dia dapat pulang ke Malaysia dan berpuasa di sini.
“Dua tahun berpuasa di luar negara, ini tahun yang kesembilan dan bersyukur dapat balik ke Malaysia untuk berpuasa bersama anda !
“Selamat bersahur & selamat berpuasa semua,” tulisnya.
Wincci berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Wincci memuat naik fotonya yang sedang bersahur.
Wincci sudah lama dikenali sebagai bukan Islam yang suka akan aktiviti berpuasa di bulan Ramadan.
Terdahulu, Wincci menyambung pengajian PhD kedua dalam bidang muzik selama dua tahun di Sepanyol.
Sebelum ini Wincci sudah memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Open University Malaysia (OUM) pada 2016.