Terkini

Dr Zul Mohon Hentikan Trend Bawa Kek, Sambut Birthday Di Kubur Anak

gempak
Izwan Isa
28/02/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Dr Zul Mohon Hentikan Trend Bawa Kek, Sambut Birthday Di Kubur Anak
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyeru supaya menghentikan tindakan menyambut hari lahir untuk anak yang sudah meninggal dunia di kubur dengan membawa kek dan menyanyikan lagu selamat hari jadi.
Dr Zulkifli berkata, perbuatan tersebut sewajarnya digantikan dengan doa dan sedekah kepada si mati seperti yang dianjurkan dalam Islam.
“Persoalan seperti ini sentiasa berlegar dalam khalayak masyarakat sama ada dibolehkan atau tidak dan adakah termasuk dalam perbuatan yang bercanggah dengan akidah, atau ia tidak dibolehkan dalam Islam.
“Menjawab soalan di atas, kami katakan bahawa perbuatan tersebut adalah lebih baik jika ditukar dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim dan juga memberi makan kepada fakir miskin kerana manfaatnya jauh lebih besar buat dirinya, di samping memohon keampunan buatnya,” katanya dalam perkongsian di Facebook miliknya pada Isnin.
Dalam pada itu, ujar Zulkifli, tujuan menziarahi kubur adalah bagi mengingatkan umat Islam kepada kematian dan hari akhirat, bukannya menyentuh perihal berkenaan kehidupan semata-mata.
“Dengan sebab itu, mengimbau kepada sunnah dan sirah Nabi SAW, Rasulullah SAW sentiasa ziarah kubur untuk memberi syafaat kepada ahli kubur dengan doa atau mengambil faedah untuk mengingati kematian dan muhasabah diri.
“Bahkan kita sendiri ada diajar untuk berdoa agar diselamatkan daripada azab kubur,” jelasnya.

BERITA TRENDING: Dr Say Shazril Dedah Pendapatan ‘Influencer’ Untuk Sebulan - “It’s Not Just About Followers…”

BERITA TRENDING: Duduki SPM 7 Kali & STPM 2 Kali, Dr Ini Kongsi Kisah Ketabahan Abangnya Dalam Menuntut Ilmu Hingga…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024