HIBURAN
Dr Zulkifli Al-Bakri Hadir Majlis Doa Selamat Anjuran Fattah Amin & Keluarga
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menghadiri majlis doa selamat anjuran aktor popular, Fattah Amin, semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Dr Zulkifli yang dijemput untuk menyampaikan tazkirah itu turut berkongsi foto-foto di majlis tersebut.
“Semalam, saya memenuhi jemputan @fattahaminz sekeluarga untuk menyampaikan tazkirah dalam Majlis Doa Selamat sempena Ramadhan.
“Sambutan majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kedatangan Ramadhan adalah antara kebudayaan Melayu yang masih diamalkan di kampung-kampung. Adat kebudayaan ini juga selari dengan apa yang dilaksanakan para salafussoleh menjelang Ramadhan.
“Mereka menyambut Ramadan dengan gembira dan saling menasihati untuk melakukan amal soleh. Ini kerana Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa dan dapat menemuinya adalah satu nikmat daripada Allah SWT.
“Moga kita semua dapat menjadikan Ramadhan kali ini yang terbaik dalam hidup kita,” coretnya.
Dalam perkongsian itu, Dr Zulkifli turut sempat bertemu dengan penyanyi Amira Othman.
Difahamkan, majlis anjuran Fattah Amin sekeluarga itu diadakan di sebuah ruang acara di Cyberjaya, Selangor.
Must-Watch Video